Friday, May 29, 2009

Tempat - tempat menarik di Melaka

Apa yang menarik di melaka....Jom...mari jalan- jalan (ala2 tv3 nye program)...


Negeri Melaka, yang pada kurun ke-15 dahulu merupakan sebuah pelabuhan terpenting di rantau Asia, masih kekal gemilang dengan sejarahnya sehingga ke hari ini. Peninggalan penjajah sedikit sebanyak telah membawa tuah kepada negeri ini. Ditambah pula dengan kepelbagaian bangsa dan keturunan termasuk Baba Nyonya dan Portugis, negeri Melaka yang berada 124km dari Kuala Lumpur dan 225km dari Johor Bahru ini, menjadi destinasi pelancongan yang unik dan menarik.Gua menyenaraikan 10 tempat perlu tuju apabila berada di negeri Hang Tuah ini.


Bukit Saint Paul (Bandar Hilir) - Pemandangan Selat MelakaBukit ini menempatkan “Our Lady of the Hill”, sebuah gereja Saint Paul yang dibina di puncaknya pada tahun 1521. Gereja Portugis yang menghadap keindahan dan kesibukan Selat Melaka ini telah ditinggalkan oleh penjajah Portugis dan yang tinggal kini hanyalah serpihan bangunan tanpa berbumbung. Beberapa blok nisan empat segi besar tersandar di dinding bangunan bersejarah ini dan terdapat sebuah wishing well untuk pengunjung ‘membuang’ hajat dengan duit syiling. Jangan lupa ambil gambar dengan patung Saint Paul yang kudung tangan kerana terkena serpihan bom!


Kubu A’ Famosa – Peninggalan Penaklukan PortugisKubu A’Famosa ialah landmark negeri Melaka. Kubu yang dibina oleh kerajaan Portugis pada 1511 ini kononnya kebal menahan serangan pihak lawan yang datang dari arah laut. Namun kubu ini musnah akibat serangan bertalu-talu dari pihak Belanda tetapi bahagian depan Kubu ini masih kukuh tersergam sehingga ke hari ini. Kubu A’Famosa dibina daripada blok-blok batu merah yang tidak seragam bentuknya dan di hadapan kubu ini terdapat sebilah meriam besi yang digunakan pengunjung untuk bergambar sakan.


Bangunan Stadhuys – Merahnya Dataran Belanda Bangunan Stadhuy ini dikenali sebagai bangunan merah oleh penduduk tempatan. Dibina pada tahun 1650, bangunan ini merupakan rumah rasmi Gabenor Belanda dan timbalannya. Di sekitar bangunan Stadhuys yang dipanggil Dutch Square ini terdapat gereja Christ Church yang berusia lebih 250 tahun, kolam air pancut dan sebuah kincir air seperti yang sering dilihat di negara Belanda. Bangunan Stadhuys sekarang menempat Muzium Sejarah, Ethnografi dan Sastera untuk dikunjungi pelancong.


Jonker Street – Baba Nyonya dan Barangan Antik Peminat barangan antik dan mereka yang ingin mendalami kehidupan keturunan Baba dan Nyonya tidak boleh tidak pergi ke Jonker Street. Untuk merasai kemeriahan Jonker Street, datang pada malam Sabtu dan malam minggu kerana terdapat pasar malam yang sangat meriah. Di sini juga terdapat hotel-hotel berkonsep kehidupan Baba dan Nyonya yang boleh dicuba dan makanan popular keturunan Baba dan Nyonya seperti Ayam Pong Teh, Itek Tim dan Nyonya Laksa juga jangan dilupa. Membeli barangan antik perlu tahu tawar menawar dan jangan lupa bertanya tentang sejarahnya.


Dataran Pahlawan – Makan-Makan, Ole-Ole dan Macam-Macam Dataran Pahlawan ini attraction baru yang dibangunkan oleh kerajaan Melaka. Di bahagian atasnya terpusat tempat menjual cenderahati dan di dalam bangunan ini pula ialah pusat membeli belah yang menempatkan kedai-kedai berjenama popular. Di seberang jalan terdapat satu lagi pusat membeli belah lama yang juga masih popular iaitu Mahkota Parade. Kalau di waktu hujung minggu pasti sesak di kedua-dua mall ini.

Menara taming sari
The ticket cost RM10 for myKad holders, RM20 for foreigners. It operates from 10am to 10pm daily.


Melaka River Cruise - Kota Cahaya (Sgt cantikkkk)





Naik Beca – Ronda Melaka Penuh Gaya
Kalau dah sampai ke Bandar Hilir tidak naik beca, memanglah tak sah kunjungan anda ke Melaka. Beca di Melaka cantik dihias dengan bunga-bunga dan kalau suka dengar muzik, pilihlah beca yang ada speaker besar. Harga naik beca tidaklah murah, lebih kurang RM10 daripada depan A Famosa ke Dutch Square tetapi for the experience, berbaloi! Menurut si penarik beca, destinasi paling jauh dia pernah pergi ialah ke Tanjung Kling dan Air Keroh. Jauhnya!! Sekurang-kurangnya harga tambang seratus ringgit dan penarik beca yang tidak boleh bekerja seminggu kerana sakit kaki.


Air Keroh – Meriah Melawat Taman
Air Keroh ialah satu lagi destinasi di Melaka selain Bandar Hilir yang cukup terkenal. Macam-macam ada di Air Keroh termasuk Taman Mini Malaysia dan Taman Mini Asean. Kalau bertuah mungkin terserempak dengan Noraniza Idris selaku pengarah taman-taman ini. Selain itu, di Air Keroh juga ada Zoo Melaka yang terkenal, Taman Ular, Taman Rama-Rama dan Hutan Rekreasi.


Makan Ikan Bakar di Umbai
Akhir sekali, kalau dah sampai Melaka janganlah lepaskan peluang makan ikan bakar di Umbai Melaka. Di sini, ikan bakar di makan dengan nasi lemak, nelayan style! Banyak gerai yang tersedia di medan ikan bakar di Umbai ini untuk dipilih pelanggan dan semuanya menyediakan makanan laut segar untuk dibakar!



Monday, May 18, 2009

Hijrah....

Hmmm dah lama x post something kat blog..ari ni rase cam nak membebel...as sume org tau...aku dah tender...means, lepas ni aku akan jadi ex-edaran secara officially. hmm satu decision yg memang susah nak buat..yolah...dah selesa, ngan kawan2, senior2..tapi ni la namanya hijrah...satu keputusan harus dibuat..akhirnya demi masa depan...aku buat keputusan yg aku harap aku x kan menyesal dgn segala decision...aku akan belajar ngan bersungguh2, aku sedia adopt new thing, new environment, new knowledge..insyaAllah dengan adanya usaha dan effort yg berterusan...semua yg susah akan jadi mudah...Sebenarnya ade beberapa reason why i'm leaving....

hijrah yg pertama:

  1. Aku betul2 teringin nak belajar bende baru, focus...and aku enjoy ngan apa yg aku buat...skang ni carca marba
  2. Aku akan menjadi isteri org..so, aku x nak korbankan family aku...sebab bile jaga maintenance project..tekanan tu aku selalu bawak hingga di luar waktu opis...so aku x nak bawak tekanan ni sampai ke rumah nanti.
  3. aku nak focus, yup..maybe ramai cakap aku x sesuai jd tester engineer..tapi, insyaAllah..jgn pandang rendah pada tester. x bermakna, once aku dah masuk line tester...aku x boleh switch back kepada developer...satu je yg aku pegang sampai skang... setinggi mana pon kite belajar...yg penting skills tu kene ada...insyaAllah, skill2 yg aku ada skang..aku x kan lupakan, akan aku akan guna sampai bila2...
  4. ongkosnya...huhuhu ramai x paham kenapa aku sgt mementingkan uwang...yup ia sgt2 penting..aku study (duit sendiri), akan ada new family, yg penting bila aku blah, aku dapat kedua2nya (1) Ongkos (2) New knowledge and skills. memang x dinafikan...memang kat sini aku dpt belajar byk bende..just tang ongkos tu la yg kureng...huhuhuh x kan nak jd org susah selama2nye..
  5. One of my Client (Big Boss) penah nasihat...be profesional...sebab aku nak belajar jd seorg yg professional la aku amik decision keluar...untuk belajar menjadi seorg yg pro...sebab skang sume main tangkap muat...x tau bile nak belajar jd pro...(for my future).... skang aku dapat rasakan, keje aku main tangkap muat, x de standard...so, aku x dapat rasa satisfaction dari apa yg aku buat...

hijrah yg kedua:

2 weeks from today,...aku akan sah menjadi hak milik org lain...so, sume pon aku nak kene minta izin dari suami aku...huhuh boleh kah..insyaAllah...janji die izinkan aku bekerja untuk cari duit sendiri dah cukup...pas ni sume hal rumah aku nak kene practisekan...huuhuh harap2 x de masalah la harapnya...moga2 kitorg akan happy sampai bila2....huhuhuh nerbos2....

 
template by suckmylolly.com